Pengenalan






Norul Huda binti Alias @ Ruslan 
No.Matrik : D20112052642








Muka Depan Buku Teks
Pendidikan Islam Tahun 2


PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN DUA MENGANDUNGI ENAM PEMBAHAGIAN BIDANG IAITU AL-QURAN, JAWI, AKIDAH,IBADAH, SIRAH DAN ADAB.

AL-QURAN   -  سورة الكافرون
                       -     سورة الكوثر 
                       -   سورة الماعون  
                       -      سورة قريش 

JAWI              - Malaysiaku Makmur
                        - Kampungku Permai
                        - Bahasaku Indah
                
AKIDAH        - Kenali Malaikat
                        - Rasul Pemimpin Ummat
                        - Sifat Allah         - Unit 1 - Allah bersifat Wujud
                                                     - Unit 2 - Allah bersifat Qidam 
                        - Asmaul Husna  - Unit 1 - Ar-Rahman dan Ar-Rahim
                                                     - Unit 2 - Al'Affu dan Al-Ghofur
                                                     - Unit 3 - Al-Karim

IBADAH        - Taati perintah Allah
                        - Solat Tiang Agama
                        - TakbiratulIhram dan Lafaz niat
                        - Sempurnakan Solatku

SIRAH           - Pekerjaan nabi Muhammad s.a.w
                       - Ikatan kasih Rasulullah s.a.w
                       - Batu dari syurga
                      
ADAB           - Selamat Malam Anakku
                      - Berkati Langkahku
                      - Sekolahku Syurgaku 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Bidang Ibadah : Solat tiang agama



 


Solat itu tiang agama.
Tujuh perkara perlu dijaga oleh sesorang dalam menunaikan solat agar sempurna iaitu:

1. Syarat sah solat
Syarat sah solat ada 5 iaitu, menutup aurat, menghadap kiblat, masuk waktu, suci dari najis dan suci dari hadas

2. Menunaikan sunat sebelum solat seperti, azan dan iqamat, solat berjemaah, meletakkan sutrah (penghadang solat) dan sebagainya.

3. Menyempurnakan rukun solat yang 13

4. Memperbanyakkan sunat-sunat di dalam solat seperti bacaan surah, mengangkat tangan ketika takbir al-ihram dan sebagainya.

5. Menjaga makruh dalam solat seperti meliarkan mata ketika solat

6. Menjaga perkara yang membatalkan solat seperti bergerak tiga kali berturut-turut

7. Khusyuk dalam solat.


Tujuh perkara ini, jika dijaga dengan betul, kita akan memperolehi dua kelebihan.
Kelebihan di dunia, solat kita akan menjaga kita dari perkara keji dan mungkar. Kelebihan di akhirat, solat kita akan menjaga kita dari api neraka.

Yang paling penting adalah, solat menjadikan kita semakin rapat dengan Allah. Itu yang Allah sebut di dalam al-Quran:-

"Dirikanlah kamu solat untuk mengingatiKu"


Bekalan terbaik buat seorang Muslim setelah meninggalkan alam fana ini ialah amalnya. Dari Abu Hurairah Radiallah ‘Anhu, bahawa sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda :
“Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.” (Hadith Riwayat Bukhari).
Doa pastinya datang dari segala ibadah terutamanya solat. Ayuh kita perbaiki diri sendiri, keluarga dan seterusnya menyebarkannya kepada anak didik dan masyarakat. Semoga kita dijauhkan dari golongan yang rugi di sisi Allah, di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat kelak. Amin.







Hadis : Berkaitan Solat
 
Hadis 1:
 
Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan,"

Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam itu sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah . Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan,iaitu satu tiang pada tiap satu penjuru khemah tersebut. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegakkan dan sekiranya mana-mana dari salah satu tiang sokongan yang di penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu.Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah yang telah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna? Lima tiang agama Islam yang tersebut dalam hadith di atas menunjukkan kewajipan-kewajipan yang penting bagi seseorang Islam. Sungguh pun tidak mungkin bagi seorang Islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun solat dalam ajaran agama Islam mengambil tempat di sisi Iman.

Kata Abdullah ibn Mas'ud: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad.'

Mullah 'Ali Qari mengambil hadith ini untuk menyokong pendapatnya iaitu solat adalah kewajipan agama yang penting selepas iman. Ini diperkuatkan lagi olah sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah,"
Hadis





11 comments:

  1. Terima kasih...tapi banyak lagi yang perlu saya pelajari untuk hasil yang memuaskan..

    ReplyDelete
  2. Tahniah kerana anda telah berjaya membina blog yang menarik dan berinfomasi mengenai pendidikan Islam.Semoga mendapat keberkatan selalu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
    Blog ini menarik sesuai untuk pembelajaran dan pengajaran..Tahniah.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Blog yang baik dan bermanfaat kerana terdapat banyak maklumat disediakan di sini.Tahniah Cikgu Norul Huda:)

    ReplyDelete
  6. Blog yang sangat bermakna dan berinfomasi. Tahniah, semoga sentiasa diberkati Allah.

    ReplyDelete
  7. Bagus blog cikgu. Saya dapat mempelajari flash banner daripada blog cikgu ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kepada semua rakan yang telah melayari dan memberi komen yang membina dalam blog ini.Semoga kita bersama mendapat manfaat darinya.

    ReplyDelete