Wednesday, January 9, 2013

Koleksi hadis

1. Wasiat Jangan Ditangguhkan
Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya (menangguhkannya) bermalam sehingga dua malam, melainkan hendaklah ia segera menulis wasiat itu”.

Riwayat Hadith al-Bukhari dan Muslim


2. Bersedekah Membawa Keberkatan Dan Kemuliaan
Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.

Riwayat Muslim

 

Sunday, December 9, 2012

Rehat Sekejap

Kelebihan Surah Al-Fatihah

Slide ' Mengamalkan Solat'

Balasan meninggalkan solat fardhu





Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.

2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat Islam.

3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.

4. Solat Maghrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orang tua.

5. Solat Isyak : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

Saturday, December 8, 2012

Hadis tentang Solat

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat
bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan
Muslim


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka
pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika
ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti
orang yg mengerjakan umrah sunat"
H.R.Attabrani


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka
Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka"
H.R.Attabrani


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk
solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala
dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud
akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani


Rukun-rukun Solat

Rukun-rukun Solat 

  1. Niat
  2. Takbiratul Ihram
  3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan toma`ninah.
  6. I`tidal dengan toma`ninah
  7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
  8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
  9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
  10. Membaca tasyahud akhir
  11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
  12. Membaca salam yang pertama
  13. Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.