JOM SOLAT

Thursday, December 6, 2012

Perkara-perkara yang membatalkan solat



Ada banyak perkara yang boleh membatalkan solat antaranya:

1.Bercakap-cakap dengan sengaja sedangkan ia tahu sedang solat, sekalipun dengan satu huruf yang tidak boleh memberi faham seperti 
i. berdehem-dehem tanpa sebab
ii. menangis teresak-esak
iii. menghembus nafas dengan kuat sama ada dengan mulut atau hidung 
iv. banyak bersin ( kecuali perkara ini menjadi penyakit biasa baginya)

* Sekiranya ingin memberitahu sesuatu yang mustahak bolehlah bertasbih bagi lelaki dan bertepun tangan bagi perempuan.

2. Melakukan sesuatu perbuatan dengan anggota badannya, disengajakan atau tidak sebanyak tidak kurang daripada tiga kali berturut-turut.

3. Berhadas kecil dan besar atau terkentut.

4. Terkena atau menanggung najis yang tidak boleh dimaafkan.

5. Terbuka aurat. Jika ditiup angin kainnya, tetapi segera ditutup tidak batal sembahyangnya.

6. Tidak mengadap kiblat.

7. Berubah niat sembahyangnya.

8. Ketawa berdekah-dekah iaitu ketawa mengilai dengan kuat.

9. Makan dan minum.

10. Murtad sama ada dengan perkataan atau perbuatan atau melalui cita-cita (niat).

11. Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.

12. Terdahulu imam dari makmum atau terkemudian makmum dari imam dengan kadar dua rakaat tanpa uzur.

No comments:

Post a Comment