Pengenalan
SOLAT merujuk
kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu
dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan keatas orang Islam sebanyak 5
kali sehari pada waktu-waktu tertentu dengan menurut rukun solat yang
ditentukan.
Waktu-waktu Solat Fardhu:
Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat ialah seperti berikut:
Solat subuh - bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam. - 2 rakaat
Solat zohor - bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya. 4 rakaat/ solat Jumaat (bagi orang lelaki) - 2 rakaat
Solat asar - bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahari terbenam. - 4 rakaat
Solat maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat. - 3 rakaat
Solat isyak - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya. - 4 rakaat
Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab:
1. Selepas solat subuh sehingga naik matahari.
2. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah.
3. Ketika matahari di tengah-tengah langit.
4. Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam.
5. Ketika masuk matahari.
Solat fardu lima waktu sehari semalam adalah ibadat yang paling asas dalam Islam. Penganut agama Islam percaya bahawa di Akhirat kelak amalan yang pertama sekali disoal adalah solat. Sekiranya solat seseorang itu sempurna maka barulah ditanyakan tentang amalan-amalan yang lain. Jika gagal, maka gagallah amalan-amalan yang lain seperti puasa, sedekah, zakat, haji dan lain-lain .
Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.
Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekhusyukannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.
Perbuatan sunat sebelum solat:
Azan - ertinya memberitahu, dan pada syarak adalah perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.
Iqamah.
Bersugi - ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi.
Aurat wanita solehah
Sentiasa taat dan patuh perintah Allah
Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap Muslim sebagaimana Rukun Islam. Solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam islam. Ibadah lain tidak dapat menyamai ibadah ini kerana solat merupakan suatu manifestasi perhubungan insan kepada Allah, mengandungi pelbagai hikmah serta mampu menjadikan individu Muslim itu benar-benar bertaqwa.
Pertama : Solat merupakan tiang agama. Islam akan runtuh apabila solat ditinggalkan penganutnya. Menurut
Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang
dan menara semua perkara ? Aku menjawab, “Sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan menaranya adalah Jihad”. ( H.R Tarmizi )
Kedua : Solat termasuk dalam perkara penting selepas melafazkan dua kallimah syahadah. Ia merupakan salah satu cara individu Muslim melahirkan rasa syukur serta membuktikan keimanannya. Sabda Rasulullah s.a.w, “Islam dibina atas lima perkara; Mengucap dua kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan”. ( H.R Muslim )
Ketiga : Ibadah solat tidak disyariatkan melalui perantaraan malaikat, tetapi Allah telah mengangkat
Rasulullah s.a.w ke langit dengan Allah sendiri mewahyukan fardhu solat lima waktu kepada baginda. Ini berlaku dalam peristiwa Isra & Mikraj.
Kelima : Solat membezakan antara seorang Muslim dengan kafir. Ini bermakna, meninggalkan solat dengan segaja menjadikan seseorang itu kafir. Dari Jabin bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Pembeza antara seorang lelaki Muslim dan syirik atau kufur ialah meninggalkan solat”. (H.R Muslim) Hazrat ‘Ubadah bin Somit r.a telah berkata,“Kekasihku Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda s.a.w,“Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan solat dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan Allah dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat.”( H.R Imam Tabrani )
Keenam : Solat merupakan perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari kiamat nanti. Abu Hurairah r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik, dia telah berjaya dan maju. Jika rosak, dia telah celaka dan rugi. Jika amalan fardhunya kurang, Allah berkata : Perhatikan adakah hamba Ku melakukan amalan sunat yang boleh menampung kekurangan amalan fardhunya. Kemudian dilakukan perkara yang sama pada amalan-amalan lain”. ( H.R Al-Nasai & Tarmizi )
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kongsi bersama tentang kisah sebenar perintah solat....
_______________________________________________________________________
Waktu-waktu Solat Fardhu:
Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat ialah seperti berikut:
Solat subuh - bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam. - 2 rakaat
Solat zohor - bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya. 4 rakaat/ solat Jumaat (bagi orang lelaki) - 2 rakaat
Solat asar - bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahari terbenam. - 4 rakaat
Solat maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat. - 3 rakaat
Solat isyak - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya. - 4 rakaat
Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab:
1. Selepas solat subuh sehingga naik matahari.
2. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah.
3. Ketika matahari di tengah-tengah langit.
4. Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam.
5. Ketika masuk matahari.
Solat fardu lima waktu sehari semalam adalah ibadat yang paling asas dalam Islam. Penganut agama Islam percaya bahawa di Akhirat kelak amalan yang pertama sekali disoal adalah solat. Sekiranya solat seseorang itu sempurna maka barulah ditanyakan tentang amalan-amalan yang lain. Jika gagal, maka gagallah amalan-amalan yang lain seperti puasa, sedekah, zakat, haji dan lain-lain .
Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.
Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekhusyukannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.
Perbuatan sunat sebelum solat:
Azan - ertinya memberitahu, dan pada syarak adalah perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.
Iqamah.
Bersugi - ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi.
Aurat wanita solehah
Sentiasa taat dan patuh perintah Allah
KEPENTINGAN SOLAT
Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang
dan menara semua perkara ? Aku menjawab, “Sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan menaranya adalah Jihad”. ( H.R Tarmizi )
Rasulullah s.a.w ke langit dengan Allah sendiri mewahyukan fardhu solat lima waktu kepada baginda. Ini berlaku dalam peristiwa Isra & Mikraj.
Keempat : Solat dapat membersihkan segala kesalahan dan dosa. menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apa pendapat kamu jika ada sungai di hadapan pintu rumah kamu yang boleh kamu mandi di dalamnya lima kali sehari, adakah masih tertinggal dakinya ? Mereka berkata; Sudah pasti
tidak akan tinggal sedikit pun dakinya. Baginda bersabda: Itulah perumpamaan solat lima waktu. Allah telah membersihkan segala kesalahan dengan mengerjakannnya”. ( H.R Bukhari & Muslim )--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kongsi bersama tentang kisah sebenar perintah solat....
_______________________________________________________________________
info yang berguna..
ReplyDeleteTq.Mudah-mudahan dapat manfaat bersama..
DeleteBanyak info solat yang dapat dimanfaatkan bersama, tahniah.
ReplyDelete