Solat ialah doa, iaitu yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Ia merupakan salah satu rukun Islam yang lima, iaitu rukun Islam yang kedua pentingnya dari rukun-rukun Islam yang lain. Sembahyang difardhukan ke atas umat Islam sebanyak lima waktu sehari semalam mula disyariatkan pada malam Isra' setahun sebelum Hijrah. Sebaik-baik sahaja masuk waktu tertentu, seseorang Islam diwajibkan bersembahyang. Firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 103 yang bermaksud:
" Sesungguhnya sembahyang itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman".
Tahniah Huda kerana blog Huda cantik dan menarik serta banyak bahan yang dapat dikongsi bersama. Teruskan usaha untuk menambah bahan dalam blog ini.
ReplyDelete