Thursday, December 6, 2012

Bab Solat


Solat ialah doa, iaitu yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Ia merupakan salah satu rukun Islam yang lima, iaitu rukun Islam yang kedua pentingnya dari rukun-rukun Islam yang lain. Sembahyang difardhukan ke atas umat Islam sebanyak lima waktu sehari semalam mula disyariatkan pada malam Isra' setahun sebelum Hijrah. Sebaik-baik sahaja masuk waktu tertentu, seseorang Islam diwajibkan bersembahyang. Firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 103 yang bermaksud:

" Sesungguhnya sembahyang itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman".

1 comment:

  1. Tahniah Huda kerana blog Huda cantik dan menarik serta banyak bahan yang dapat dikongsi bersama. Teruskan usaha untuk menambah bahan dalam blog ini.

    ReplyDelete