Wednesday, May 8, 2013

Soalan Ulangkaji KRP



Unit 4- OrganisasiSekolahRendah

1)      Apakah aspek yang paling utamadalamperlaksanaan KBSR dan KSSR?
a.      Membaca, menulis, dan menaakul.
b.      Membaca, menulis dan mengira.
c.       Membaca dan bersembang
d.      Membaca, menulis, mengiradan menaakul.

2)      Bidang apakah yang membentuk dalam kurikulum KBSR?
a.      Membangun, menjana dan kebolehan
b.      Komunikasi, Manusia, danAlam kelilingnya.
c.       Komunikasi dan Perkembangan Individu.
d.      Manusia dan Alam sekeliling

3)      Berapakah tunjang dalam pembentukan kurikulum KSSR?
a.      4
b.      9
c.       7
d.      6

4)      Dalam kurikulum KSSR, terdapat 3 kelompok matapelajaran mengikut modul iaitu Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Efektif.
Mata pelajaran yang manakah mengikut Modul Teras Asas?
i)                    BahasaMelayu
ii)                  Matematik
iii)                PendidikanSeni
iv)                BahasaInggeris
a.      I dan ii
b.      I, ii dan iii
c.       I, ii, dan iv
d.      Semuadiatas

5)      Berapakah peruntukan  masa mengikut kurikulum KSSR dalam masa seminggu?
a.      1380 minit
b.      1330 minit
c.       3000 minit
d.      1333 minit

6)      Berapakah peruntukan masa dalam seminggu bagi mata pelajaran Matematik mengikut kurikulum KSSR?
a.      180 minit seminggu
b.      160 minit seminggu
c.       180 minit sehari
d.      108 minit seminggu

7)      Pilih pernyataan yang benar tentang perbezaan KSSR dan KBSR?
a.      KSSR mempunyai 3 tunjang utama dan KBSR mempunyai 6 bidangutama
b.      Fokus utama KBSR ialah bertumpu kepada 3M manakala KSSR pula berfokus  kepada 4M.
c.       KSSR mengutamakan murid tahun 1 sahaja manakala KBSR mengutamakan murid tahun 6.
d.      Murid mempelajari pelbagai bahasa dalam kurikulum KSSR, manakala KBSR murid hanya belajar bahasa Melayu sahaja.

8)      Mata pelajaran manakah termasuk dalam  Tunjang Komunikasi Elektif mengikut kurikulum  Standard Sekolah Rendah?
a.      Bahasa Cina
b.      Bahasa Inggeris
c.       Pendidikan Kesihatan
d.      Pendidikan Moral

9)      Pendidikan Islam dan Moral termasuk dalamTunjang ___________ mengikut kurikulum KSSR.
a.      Perkembangan Fizikal dan Estetika
b.      Komunikasi
c.       Sains dan Teknologi
d.      Kerohanian, Sikap dan Nilai

10 )Apakah tunjang kemanusiaan yang terdapat dalam Kurikulum KSSR?
a.      Pendidikan Islam
b.      Pendidikan Moral
c.       Sejarah
d.      Pendidikan Seni Visual



 JAWAPAN
1 A                                                       5 A                                           9 D
2 B                                                       6 A                                           10 C
3 D                                                       7 B
4 C                                                       8 A
5  A
6 A
7 B
8 A

 

1.Dalam sistem pendidikan kebangsaan, mata pelajaran teras ialah mata pelajaran yang menjadi asas utama pendidikan murid-murid di semua sekolah. Berikut adalah mata pelajaran Teras dalam KBSR kecuali,
A) Muzik
B) Matematik
C)Sains
D) Bahasa Melayu

2.       Dalam bidang perkembangan diri individu. Mata pelajaran apakah yang tiada pada tahap satu?
A) Kemahiran Hidup
B) Pendidikan Seni Visual
C) Pendidikan Muzik
D) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

3.       Mata pelajaran dalam KBSR dikelompokkan kepada 3 kelompok, iaitu mata pelajaran teras, wajib, dan tambahan. Manakah antara berikut ialah mata pelajaran teras di SK?
i.  Bahasa Arab
ii.  Bahasa Melayu
iii.  Matematik
iv  Bahasa Inggeris
A) I,ii,iii                 B) I, ii,iv                                C) I, iii, iv              D) ii, iii, iv

4.       Apakah tujuan matapelajaran yang berkomponen kerohanian, nilai dan sikap?
A) Membina sikap, watak dan personaliti murid-murid
B) Memahami persekitaran dengan kesedaran dan tanggungjawab
C) Membangunkan sikap dan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk kehidupan
D) Mendedahkan pengetahuan dan kemahiran untuk murid-murid dapat hidup di tempat dan persekitarannya.

5.       Berikut adalah tunjang-tunjang di dalam mata pelajaran teras dan elektif KSSR tahap 2.
i. Tunjang Komunikasi
ii. Tunjang Sains dan Teknologi
iii. Tunjang Kemanusiaan
iv. Tunjang Komunikasi Elektif
A) I, ii, iii               B) I, ii, iv               C) I, iii, iv              D) Semua di atas

6.       Mengikut UNESCO, penentuan sesuatu mata pelajaranberasaskan 4 tonggaakutamaberikutkecuali:
A) Belajar untuk mengetahui ( Learning to know)
B) Belajar untuk bertindak ( Learning to do)
C) Belajar untuk membentuk peribadi ( Learning to be)
D) Belajar untuk kerjaya ( Learning to Success)

7.       Apakah yang dimaksudkan dengan mata pelajaran teras?
A) Mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid
B) Mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid
C) Mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid mengikut aliran persekolahan
D) Mata pelajaran yang tidak wajib dipelajari oleh semua murid.

8.       Apakah tujuan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi diperkenalkan dalam KSSR?
A)  Mengukuhkan kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul di kalangan murid
B) Menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan
C) Membolehkan murid menguasai kemahiran asas bahasa
D) Membina kefahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan dan memahami idea matematik yang mudah

9.       Dalam KSSR, klasifikasi bidang mata pelajaran dibawah tunjang perkembangan fizikal dan estetika. Antara lain adalah bagi perkembangan _________________.
A) Jasmani
B) Intelek
C) Sosial
D) Rohani

10.   Manakah antara berikut benar berkaitan dengan klasifikasi modul elektif di tahap satu KSSR?
A) Tunjang kepada pembelajaran sekolah rendah
B) Kemahiran asas pembelajaran dapat dipertingkatkan
C) Sebagai mata pelajaran wajib dipelajari
D) Murid berpeluang belajar bahasa ibunda masing-masing

Maaf..jawapan tidak disediakan.

No comments:

Post a Comment