Tuesday, May 7, 2013

Soalan KRP unit 10

1. Di antara ciri-ciri berikut yang manakah bukan keadaan fizikal dalam bilik darjah KBSR?
 A. Susunan kerusi meja murid adalah disusun mengikut baris demi baris
 B. Terdapat ruang pembelajaran di dalam bilik darjah.
 C. Kerusi dan meja boleh diubahsuai semasa tajuk perbincangan
. D. Terdapat sudut bacaan untuk menggalakkan minat murid untuk membaca.

 2. Bilik darjah elektronik adalah selaras dengan ekspektasi masa hadapan.Berikut adalah ciri-ciri bilik darjah elektronik kecuali..
 A. Bilik darjah mempunyai ciri seperti studio.
 B. Setiap murid mempunyai stesen masing-masing untuk penerokaan dan penyelidikan.
 C. Komputer notebook digunakan bagi menggantikan buku teks.
D. guru sebagai fasilitator.

 3. Lazimnya kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalam bilik darjah ialah seperti berikut kecuali..
 A. kerusi dan meja murid
B kerusi dan meja guru
C. papan tulis
D. langsir

 4. • Selesa • Menarik • Keadaan selamat •
 Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar Yang manakah berikut adalah hasil daripada pernyataan di atas?
 A. Bilik darjah diurus dengan baik dan sempurna
B. Bilik darjah tiada ruang pembelajaran
C. Bilik darjah terlalu sesak
 D. Bilik darjah tiada sudut bacaan

5. Sebagai seorang guru,beliau perlu memastikan masalah disiplin dapat dihindarkan.Antara langkah yang perlu diambil oleh guru tersebut ialah….
A. Mengabaikan suasana psikologikal bilik darjah
B. Suasana pembelajaran yang kondusif
C. Menggalakkan persengketaan antara murid
 D. Mengabaikan nilai-nilai murni

 6. Beberapa orang murid sedang mengikuti ajaran guru ..
Apakah konsep bilik darjah sebelum kedatangan British di Tanah Melayu?
 A. Surau dan pondok
 B. Sekolah dan pondok
C. Sekolah
D. Masjid dan sekolah

 7. Apakah perbezaan bilik darjah tradisional dan bilik darjah moden?
A. Suasana perabot
 B. Saiz kelas
C. Disiplin murid
D. Pengajaran berpusatkan kepada guru

 8. Suasana fizikal mempunyai hubung kait dengan keperluan asas manusia iaitu selaras dengan teori keperluan asas manusia(teori Maslow).Jelaskan teori Maslow dan hubungannya dengan suasana dan fizikal bilik darjah?
A. Tahap motivasi murid akan rendah jika fizikalnya dalam keadaan selamat.
B. Tahap motivasi murid akan lebih tinggi jika fizikalnya dalam keadaan selesa.
C. Menimbulkan suasana kurang selamat.
D. Kejayaan guru mengurus bilik darjah dapat membentuk disiplin.

 9. Terdapat dua kategori motivasi ke arah mewujudkan suasana psikologikal yang baik iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.Motivasi ekstrinstik bermaksud _____________
 A. Bersifat dalaman yang melibatkan faktor peribadi
B. Memotivasikan murid di dalam bilik darjah
 C. Bersifat luaran yang boleh mewujudkan motivasi dalam diri murid
D. Interaksi murid dengan murid dapat mendorong murid belajar

10.Dalam KBSR ,aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan kepada murid dan menarik. Jelaskan bentuk aktiviti yang dijalankan dalam KBSR.
A. Secara kumpulan
 B. Secara individu ,kumpulan dan kelas
C. Secara kelas dan kumpulan
D. Secara Individu

Jawapan 1 1.A 2.D 3.D 4.A 5.B 6.A 7.A 8.B 9.C 10.B

No comments:

Post a Comment